Friday, July 31, 2009

Baju Melayu yang pertama

Baju Melayu ni, aku belajar dari kak khaty http://khatysew.blogspot.com ini. Dah lama menyimpan hasrat untuk belajar baju melayu ni. tp baru berkesempatan. kelas dihadiri sebanyak 2x iaitu pada hari ahad dari jam 10pagi sehingga 5 ptg.

Untuk yang pertama ini, banyak kesilapan yang aku buat diseluar. Baju aku rasa tiada masalah sgt. Tetapi alhamdullilah akhirnya siap jua sepasang baju melayu untuk hubbyku...

Lepas ini kena praktis lagi sehingga membolehkan aku mengambil upah menjahit baju melayu...bila??????? insyaallah akan diwar-warkan. Buat masa sekarang aku hanya bermula dari keluarga sendiri dahulu bagi memantapkan kemahiran yang baru di belajar.


Untuk seluar aku menggunakan butang/cangkuk "ketuk" tah aku lupa nm butang tu..yang pasti butang yang digunakan khas untuk seluar. Memandang sebelum ini aku pernah belajar menjahit seluar wanita dan semasa kelas ini aku diajar cara2 memasang cangkuk ini. Jadi aku mempraktikkannya...pemasangn cangkuk ni agak rumit tapi aku suka "outcome" nya.

Untuk kak Khaty terima kasih daun keladi, klu boleh mintak tunjuk-ajar lagi....


Wednesday, July 22, 2009

DIY tudung

Tudung-tudung ni di jahit atas permintaan dari kakak ku yang sorang tue...actually customer dia yang tanya samaada dia pandai jahit tudung sebegini... oleh kerana dia tidak tahu maka dengan senang hatinya menyerahkan kerja-kerja "mengerjakan" tudung itu kepada ku...


Sebahagian tudung yang telah siap dijahit

actually aku masih baru dalam menjahit tudung ini, masih ada kelemahan yang perlu dibaiki terutamanya pada bahagian tepi tudung kerana kemasannya tidak memuaskan hati...

Tuesday, July 21, 2009

Crosstich 1

Crosstich ni sebenarnya dibuat untuk dihadiahkan kepada adik perempuan aku sempena perkahwinannya. Actually dh nk masuk 2 tahun usia perkahwinannya. percaya atau tidak aku belum memberikan sebarang bentuk hadiah untuk perkahwinannya. sementelah dia berkahwin semasa aku masih berpantang. ditambah lagi aku tidak mendapat sebarang idea utk jadikan hadiah aku ini istimewa baginya.

Diharap dengan siapnya crosstich ini adik aku berbanga menerimanya setelah hampir 2 tahun aku mencari hadiah yang sesuai untuk dia.
masih banyak masa yang diperlukan untuk menyiapkan crosstich ini. hasil sebigini disiapkan dlm masa 1 1/2bln memandangkan ianya dijahit hanya pada waktu lapang di opis.

Tuesday, July 7, 2009

Bilik Jahitku...

sebelum ni aku menjahit diruang tamu diatas meja makan sahaja. Memandangkan mesin jahit aku pun portable so aku menjijing setiap kali hendak menjahit.

Sebenarnya situasi begini kdgkala membuatkan aku fed up utk menjahit. Bayang jika aku ingin jahit tepi kain aku perlu menjinjing sebuah lg mesin jahit tepi untuk digunakan. kemudian aku msk lm kotak simpan balik ditempat yang asal, itu belum lagi perkakas menjahit yang lain.

Sudah lama aku mengidamkan ruang khas untuk aku menjalankan aktiviti menjahit ini. Tetapi keadan tidak mengizinkan. Kerana tiada ruang yang kosong dirumah mertua aku itu. Setelah sekian lama bersabar dengan situasi tersebut...aku telah meminta izin dari mertua aku utk menggunakan sedikit ruang bilik stor untuk aku jadikan ruang menjahit aku. Dengan rela hati mertua aku mengizinkan dan aku mengemas bilik stor tersebut supaya aku selesa berada didalamnya. Sebenarnya bilik ini dulu ialah salah satu bilik tidur tetapi telah dijadikan bilik stor, oleh kerana bilik ini agak luas boleh lah aku mencari ruang untuk aku disitu...dan sekarang aku teramatlah gembira bila mendapat sedikit ruang tersebut.

aku berharap dengan mempunyai ruang menjahit ini akan membuatkan aku lebih bersemangat untuk melebarkan lagi eksplorasi aku didalam bidang ini.Insyaallah

Wednesday, July 1, 2009

1st Entry

Blog ini aku create untuk menghimpunkan segala kerja keras tangan aku yang akan datang. Ianya sebagai panduan dan ingatan kepada kerja-kerja keras tangan aku kelak. Juga sebagai pembakar semangat untuk menjadi tailor yang baik...

Blog ini sebenarnya sebagai permulaan langkah aku untuk menjadi tailor dan seterusnya hanya bekerja dari rumah sahaja. Rancangan ini bukan untuk dilaksanakan dalam sehari dua tetapi mungkin 1/2 tahun @ setahun yang akan datang. Langkah ku mungkin masih jauh kerana aku masih lagi merangkak didalam dunia jahitan ini. Tetapi tidak mengapa asalkan semangat dan minat yang mendalam Insyaallah suatu hari nanti impian akan menjadi kenyataan..kepada yang menyokong penuh hasrat ku ini aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kalian lah pembakar semangat.

Kepada kakak ku yang seorang itu aku juga tiupkan semangat supaya kita berdua berjaya dengan apa yang kita impikan ini.... semoga kita berdua berjaya kelak.