Thursday, August 20, 2009

Baju Kurung Piping -2


Ni la baju mak bonda tercinta...mak bonda aku memang suka pakai baju kurung piping...so untuk raya ni aku dh jahitkan sepasang baju kurung piping. Moga mak bonda gembira menerimanya.

Baju ni baju kedua aku jahit piping setelah belajar dengan k khaty...


Sepasang baju yang mana kainnya adalah kain berpinggang getah sepenuhnya...

Friday, August 14, 2009

Baju Kurung Piping

Baju kurung piping ni aku blaja dr kak khaty jugak...sebelum ni pernah belajar psg piping di bj kurung tetapi oleh kerana terlalu lama aku peram apa yg di pelajari maka dengan jayanya aku telah "terlupa" cara memasangnya.

Cuma apabila belajar dengan k khaty method yg diajar berbeza dgn method aku blajar dulu...x per..bagus ada perbezaan ni. atleast boleh tahu ke2 2 method. Pelajaran yang lama dulu dh boleh di recall sedikit demi sedikit semasa belajar dengan k kahty....

so ini la dh siap sepasang baju kurung lining...cabaran untuk menyiapkan bj ni tetap ada w.pun hanya bj kurung piping. nasihat k khaty mesti praktis apa yg dipelajari............klu tidak kejadian yang sama akan berulang lagi....insyaallah akan ku praktis k khaty....


Menurut k khaty lagi warna piping sepatutnya dipilih dari warna bunga kain tersebut. jika terdapat beberapa warna bunga maka pilih la yg mn lebih sesuai...oleh kerana aku "terlalu" pandai aku membeli piping tanpa bertanya kepada K khaty dulu. aku ingatkan sebarang warna boleh pakai asal sesuai dengan kaler kain...
Sekarang ni aku tgh menjahit bj kurung piping mak bonda pulak untuk raya. bj diatas adalah kepunyaan adik aku...so next n3 akan ku masukan bj mak bonda aku pulak untuk tayangan umum.