Tuesday, May 25, 2010

Misi telah berjaya....

Tuan-tuan dan Puan-puan....ini lah...hasil 2 hari aku bertapa di Pekan, Pahang.....
Sebenarnya kelas dan modul dibawah dah lama aku idamkan....tetapi kewangan tidak mengizinkan...bagi yang berkemampuan mungkin tidak menjadi masalah..tapi aku sedikit tidak mampu...jd kena menunggu ada rezeki lebih utk aku attend ketiga2 modul tersebut...

3 modul yang aku amik adalah:
1. Asas Bake
2. Basket Weave & Hantaran
3. Choc Deco serta Choc Banana..

Lepas ini insyaallah akan jadi produk baru Ajnie's Homemade...


Banana Cake Choclate...




Basket Weave...


Choclate Deco....


Sempena Anniversary aku n hubby yang ke-4 tahun....pada 02.06.10...


Agak sememeh..beginner katakan...


Modul Hantaran...


8 biji kek...berjaya aku kerjakan....dengan mengikuti 3 modul

Terima Kasih tidak terhingga pada K Zati...Zati Dhati...atas ilmu yang telah dicurahkan kepada aku....kesabaran dia mengajar aku yang Zero dalam ilmu Deco Cake ini....juga masakan yang sedap dr hubby k zati iaitu Cikgu Azli..mmg sedap cikgu azli masak.....sehinggakan aku x segan nk menambah....bile taim makan....

Pesan K zati sebelum aku balik....jgn lupa untuk mempraktiskan apa yang diajar....insyaallah akan menjadi lebih baik dari sekarang....aku enjoy dengan kelas k zati....w.pun aku agak kepenatan dan agak tension bile apa yg di ajar k zati lmbt aku tangkap..nasib dpt sifu yg penyabar dan memberi semangat kepada aku supaya tidak putus asa....terima kasih k zati....


Harap selepas ini...apa yang aku rancang akan berjaya sepenuhnya...

Saturday, May 22, 2010

Yok ke Kuantan...

he he he petang ni aku akan drive ke Kuantan sorang2...aku tinggalkan anak dan jugak suami terchenta aku di KL...aku akan berada disana 3hari 2 malam insyaallah....harap petang ni aku akan selamat sampai di Kuantan dengan jayanya...ni kali ke 2 aku drive sorang2 p Kuantan..kali pertama ada 4 tahun lepas..masa tu aku otw balik kg.....nk kawin..tp singgah amik anak buah d Kuantan..dan dari Kuantan aku drive balik Kelantan....selapas itu....aku dengan rasminya...sudah ada driver x bergaji...he he he...

Aku kesana kerana ada misi....bukan hanya untuk berseronok....insyallah selepas misi tersebut berjaya aku akan postkan disini....buat masa sekarang biarlah semua tertanya...he he he ada ker tertanya2...aku je perasan sorang..ha ha ha...


X tau nk ckp apa...



Gambar diatas adalah untuk menenangkan fikiran. Lokasi tersebut adalah Sungai Panching, Kuantan…


Semalam kakak ipar aku datang rumah..untuk hantar tudung yang nk d outer, kain, order baru…dan paling best duit jualan…he he he..bila pandang duit tu..rasa mcm hilang segala penat lelah aku berjaga menjahit tudung…sambil2 tu aku bagi lg kain sample pd k tam..kali ni x byk pun…lgpun..aku rs aku nk slow down skit..kali ni..aku plan nk habiskan kain2 yg mn ada dulu..nk buat readymade pulak..klu asyik nambah stok kain…smpi bila drawer aku nk clear….lg pulak kain yg plain kaler nya lebih kurang…klu printed more variaty….

Paling best semalam k tam bagitau aku..yang kak long dia pun nk tolong jualkan..mn tau rezeki aku..kt tempat kak long dia ada lg…..ha ha ha..tp yg pling x best aku ler….dalam seronok tu..aku terpk mampu ke aku….nk siapkan tempahan tudung tu…aku pk positif..jika kita tertekan berusaha insyaallah kita akan produktif…satu perkara lagi….k tam bagitau ada yg berminat untuk upah aku jd tailor…depa nk upah aku jahit tudung…. Tudung2 tersebut depa nk jual…alhamdullilah..jika ada rezeki…aku terima…Cuma aku belum berbincang n berjumpa lg ngan orang tersebut…

Semalam ada masalah baru yg aku temui…sebenarnya benda ni dh jd sebelum ini..Cuma x banyak…tp smlm…semua tempahan nk suh ikut cth tudung depa sendiri…bukan aku x leh buat…Cuma masalah bg aku ialah setiap tudung aku perlu draw pattern baru..akan menyebabkan kos aku meningkat…sapa nk byr harga kertas, harga masa, upah buat pattern baru…customer ni slalu nk harga murah tp ikut kehendak dia 120%....klu pki pattern yg aku ada senang..sbb sume dh ada..x pyh nk draw setiap tudung…jimat masa jimat kos..tp…memasing ada taste memasing…terdiam aku sekejap….aku bercerita ttg kesusahan aku dlm kerja tersebut pd k tam….dia faham….Cuma dh kehendak customer…nk x nk dia terima..aku x salahkan k tam dalam hal ini…..Cuma aku meluahkan apa yg betul…atleast dia tau apa yg aku buat…

Dan semalam puas aku berfikir…patut atau tidak aku menambah kos keatas kerja-kerja remeh yg perlu aku buat…..aku jd serba salah….dan akhirnya aku amik keputusan….kos setiap pattern yg dianta customer perlu dicaj…baru adil….korang rasa betul x cara aku?......aku rasa aku berada dilandasan yang betul..lgpun aku berniaga bukan buat amal jariah…bagi aku nak buat amal jariah biarla bertempat…lgpun caj yg aku kenakan tersangat la murah..hanya untuk menampung kos kertas, kerja melukis n menguting….pattern tersebut aku akan pulangkan pada customer…biar depa simpan. Then next time nk order lg..depa just bg pattern td n aku xkan caj utk kali 2…

Wednesday, May 19, 2010

Order


Cheese tart


Fruit Tart...

Order dari Hani Taman Melawati...

Monday, May 17, 2010

Kelas Jahit Tudung Bersama Kak Ina



Kelas jahitan tudung ni yang pertama aku jalankan pada last week..alhamdullilah siap 2 helai tudung..w.pun pd permulaan mesin jahit aku tetiba meragam...agak berdebar..tapi setelah dia check n baiki..mesin kembali normal...

Sekitar kelas jahitan tudung yang diadakan dirumah K Ina di Hulu Langat..




Thursday, May 13, 2010

Tempahan....

Sekitar tempahan tudung yang aku telah siapkan...sume order dari kawan2 k tam...biras aku..insyaallah lps ni aku nk jait tudung utk jual online pulak...moga aku boleh manage masa dengan jayanya...


Printed...awning dr plain lycra
2 helai tudung ni..






Special Order dari customer..siap bg cth tudung lg..untuk aku buat awning 3 layer ni....
Mula2 dapat sample cuak jugak memandangkan aku x pernah buat fesyen begini..tp aku pernah baca dalam internet cara2 membuatnya..jadi aku jadikan sebagai cabaran untuk aku siapkan...

satu aku buat 3 layer...satu lagi aku buat 2 layer...sbb customer sama jadi aku x nk bg sama design...bagi variaty skit hope customer aku suka...

sebab 2 3 kali jugak aku duk menetas awningnya sblm...ianya betul2 menjadi..n aku puas hati..




Double layer awning...merah dan hitam kombinasi yang amat cantik..lps ni aku nk buat untuk aku 1....he he he tahun bila agaknya...tu....



awning nya lain sedikit...aku cuba mevariatykan awning...




semasa membeli kain ni aku bertawakal agar ada yg berminat dengan design ini...alhamdullilah ada yg berminat...jadi kain design ni abis d tangan aku..

design ni cantik...tp aku x tau sama ada sesuai idak buat tudung..alhamdullilah kelainan itu pasti ada yg suka...


begitu juga dengan kain ini...alhmadullilah rezeki masih berpihak pada aku...syukur..


Tempahan scallop yang jarang aku dapat...sementelah aku belum mencuba scallop untuk jualan...tudung scallop diatas kepunyaaan seorang customer sahaja...siap bagi contoh tudung untuk ditiru oleh aku...customer ni order 5 helai sekali gus...2 telah dihantar terlebih dahulu..


Tudung plain yg biasa..juga ditempah...


Kesemua tudung yang dihimpunkan...menjadi kenangan dan koleksi tudung yang pernah aku jahit....

Semua tudung diatas telah dihantar kepada customer..semua customer aku tu..aku x kenali...


Wednesday, May 12, 2010

Blueberry Cheese Tart and Fruit Tart

Untuk produk pertama yang dibuka secara online adalah Cheese Tart RM 35 / 50 pcs dan Fruit Tart...RM 30 / 50 pcs...minimum order adalah 50pcs..boleh campur klu suka...pick-up point...adalah rumah aku @ pun Giant Permata @ Carefour Wangsa Maju @ tempat2 yang agak berdekatan...


Fruit Tart - mengunakan buah-buahan dalam tin...
RM 30/50pcs



Blueberry Cheese Tart
RM 35/50pcs

Kepada sesiapa yang beminat untuk mencuba sila hubungi no. diatas ataupun email..order hendaklah selewat2nya 2 hari sebelum delivery..

Monday, May 10, 2010

Dari Bilik Jahit - Ajnie's

Hari ini aku menukar nama blog aku..dari nama asal bilik jahit kepada Ajnie's...

Kenapa menukar nama?...sebenarnya..aku ingin memulakan biz online...biz online ni sebenarnya salah 1 impian aku sejak setahun yang lepas..tetapi masa itu aku masih mencari2 apa yg aku perlu concentrate dan kekuatan dalam diri aku untuk menceburi bidang ini...insyallah sekarang aku sudah bersedia...buat masa sekarang belum ada produk yg aku ingin jual..cuma masih dalam persediaan....tapi aku sudah ada 2 cabang biz yang berbeza...dan ini aku buat kerana atas minat aku mendalam dalam bidang ini..iaitu menjahit dan juga mem"baking".

Sejak bila aku terjerumus dalam kedua2 bidang ini..dalam dunia jahitan ini...ianya bermula dari selepas beberapa bulan aku berkahwin padapertengahan tahun 2006...dari sejak itu...aku mula mengambil kelas jahitan pakaian wanita...16 pattern pakaian wanita aku pelajari..dari asas smpi la ke membuat Jubah...juga seluar..sehingga kan aku memperolehi sijil dalam bidang jahitan pakaian wanita...sejak dari situ juga sehingga kini..aku tidak pernah lagi menghantar pakaian aku kepada tailor...kesedaran aku utk belajar menjahit disebabkan oleh kadar upah yang mahal di KL ini...sedangkan aku sudah terbiasa dengan upah yg murah di kampung aku...oleh kerana tidak mempunyai keyakinan yg tinggi aku hanya menjahit baju aku sahaja...

aku juga pernah belajar menjahit Baju Melayu dari K khaty....w.pun agak rumit ianya menyeronokkan..tambahan pula baju melayu itu dipakai oleh orang yang kte sayangi...

dan bermula dari tahun lepas aku terjumpa dengan blog2 yang berkaitan dengan jahitan...sekali lagi aku teruja dan akhirnya aku jumpa apa yg aku cr selama ini...dengan membaca blog2 jahitan aku mempunyai semangat bagi meneruskan minat aku ini. Bloger2 jahitan ini memberi inspirasi kepada aku supaya terus maju. w.pun aku masih merangkak tetapi tips dan panduan yg diberi amat berguna pada aku....

Oleh kerana excited aku juga mengambil kelas jahitan tudung bersama K.Zila...dari sini la..bermulanya biz tudung aku...dari percubaan akhirnya sehingga kini..masih lagi ada tempahan untuk aku. alhamdullilah.

Selepas menjahit tudung..aku sekali lagi menghadirkan diri dalam kelas menjahit beg. Menjahit mmg menyeronokkan...

kemudian pada tahun 2007 aku sekali lagi mula berjinak2 dalam bidang baking memandangkan aku selalu menjelajah fotopages yang sentiasa menyumbangkan resepi yang sedap2. dari situ aku mula mencuba dari 1 resepi ke 1 resepi..kebanyakkan yg berkaitan dengan kek. resepi yg disumbangkan mmg tidak mengecewakan...dari sinilah aku mula mengumpul tools2 untuk baking.

Dari situ aku mengambil kelas cupcake bersama Mak Lang Corner...tetapi aku tidak mempraktiskan. kerana pada masa itu aku tidak dapat menbahagikan masa seckupnya. tetapi aku aku juga pernah membuat biz kek coklat..agak memberangsangkan jugak.tetapi akhirnya aku menutup kedai kerana aku tidak mempunyai masa ditambah pula pada masa itu aku mempunyai anak kecil dan suami yang bekerja diluar kawasan.

Kini setelah dikuatkan semangat..sekali lagi aku ingin bangun dalam dunia baking ini...tekad yang bulat dalam hati aku sudah pahatkan..insyaallah aku ingin usahakan apa yang aku impikan selama ini..iaitu biz online bukan 1 cabang tetapi 2 cabang sekali gus. aku tau jika kite betul2 berminat insyaallah kita akan melangkah lebih jauh...Insyaallah...doa2kan ye...semoga impian akan tercapai..

Saturday, May 8, 2010

Crosstich....

Crostich ni dh lama aku buat..rasanya dh dekat 6 bulan...ke ke ke sehingga sekarang masih ada 10% untuk disiapkan. Sebenarnya lama xstich ni aku perap kt meja di ofis. crosstich ni aku buat utk dihadiahkan kepada adik perempuan aku...hope aku boleh siapkan sebelum cuti sekolah ni..



Tudung Cikgu Saaedah

n


Tudung ni bersaiz XL...labuh 21inci..

Sebenarnya ini kali pertama aku mengambil upah menjahit tudung. Selalunya aku yg sediakan kain..tapi kali ni Cikgu SaedaH yang sediakan.

Cikgu saedah ini aku kenal semasa di Nagoya Wangsa Maju. ini kerana kebetulan cikgu saedah ini sedang membelek kain jersey...ketika aku smpi di sana. Setelah dia tengok aku trus dia tnya
..dik kain ni jahit utk apa...dengan ramahnya aku menerangkan 1 persatu...dan soklannya..adik jahit tudung sendiri ke..aku mengganguk. Terus dia kata ingin mengupah kerana katanya susah nk mencari saiz tudung yg dia inginkan...

dia menginginkan tdung yang agak labuh menutupi dada...memandangkan dia mengajar di Sekolah yang pelajarnya adalah kesemua lelaki...2 helai tudung ditempah...terima kasih kak saadiah atas kepercayaan. w,pun sblm ini kita tidak pernah bersua...

Wednesday, May 5, 2010

Kelas Tudung

Ajnie's Homemade..ingin mengorak selangkah kehadapan lagi...setelah dipertimbangkan dengan pengalaman tidak seberapa..aku ingin mengadakan kelas menjahit tudung...kelas ini aku akan kerumah pelajar yang ingin belajar sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Ampang dan berdekatan dengan rumah aku yang berada di AU4 Taman Seri Keramat. Jika terdapat permintaan untuk mengadakan kelas yang agak jauh akan dipertimbangkan atas budi bicara...

Seperti biasa mesin jahit, mesin jahit tepi dan juga material membuat tudung akan disediakan sepenuhnya oleh aku. Pelajar akan diajar 2 patter tudung iaitu Ar*** dan Scallop. Tudung tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya oleh pelajar tersebut.

Yuran kelas tersebut ialah sebanyak RM 100.00 termasuk material. Jika berminat sila hubungi melalui email ajnie_2805@yahoo.com ataupun di talian 013-394 3213.