Monday, July 30, 2012

Telekung....

assalamualaikum...salam Ramadhan hari ke-10...alhamdullilah...

Kali ni aku nk berkongsi gambar tempahan telekung yang aku terima dari kawan2...jugak dr ofismate biras aku, aku bagi sample telekung alhamdullilah ada yg berminat syukur ada rezeki aku disitu..moga2 dengan bermulanya 2 pasang akan bertambah lg hendaknya pada masa akan datang..

Tempahan dalam bulan ramdhan ni x banyak mn pun...insyaallah lepas modal...sume sekali tempahan hanya dlm 5 - 6 pasang sahaja... rezeki jugak tu...lgpun aku hanya post kan gmbr dkt FB...sedangkan aku merasakan rmi yg mencari melalui blog-blog senang skit proses nya...

Ni detail bahagian kepala dan muka...bahagian kepala aku lapiskan 2 lapis kain, hingga paras dada....jadi telekung ini x perlu memakai anak tudung terus sarung sahaja dan ikat di belakang kepala macam biasa...




Ini pula kemasan yang aku buat di telekung...aku tidak menyulam telekung sebaliknya telekung tersebut aku kemaskan dengan menjahit lace di hujung, ditengah bahagian sambungan kain dan jugak awningnya.... awningnya aku kedutkan bagi menutup anak2 rambut....

Harga Telekung yang aku tawarkan untuk dewasa ada lah RM 110.00 termasuk postage.

jika berminat sila SMS ke no. 013-3943213

tetapi tempahan telah ditutup untuk aidilfitri