Monday, October 15, 2012

Blouse Gigi Boya...

 

Assalamualaiku....

Kali ni aku nk tayang Blouse gigi boya yang aku blaja pd hari sabtu lepas...akhirnya blaja jugak aku pattern ni....hasilnya aku suka...dpt buat blouse yg agak longgar n kembang....

Kain tu aku dh bli 2 taun lepas Lycra dari kamdar...hik hik hik..kurang skit koleksi kain....

 

Baju Kurung Untuk Khadijah Annisa....

Baju Kurung ni ditempah oleh kakak aku untuk anak dia berumur 4 tahun...Kurung ini aku jaitkan dengan menggunakan English Cotton dari koleksi aku sendiri. Sememangnya aku menyimpan stok English Cotton ini untuk tempahan baju kurung kanak2.

 Baju Kurung Polkadot berwarna light purple...

Biru bunga-bunga ada rerama lagik...Model anak dara aku berumur 5 tahun..

Untuk kanak2 berumur 4- 10 tahun kainnya aku jaitkan zip bagi memudahkan mereka ini memakai kain...ada sesapa ingin menempah aku akan bukak tempahan untuk baju kurung kanak2 dari umur 6 bulan sehingga umur 10 tahun.

nanti akakn aku postkan kain2 dalam koleksi aku....dan jika anda ingin poskan kain anda saya juga menerima tempahan jahitan baju kurung kanak2.

Sunday, October 14, 2012

Chemo Hat...

Assalamualaikum....Selamat pagi semua...

Hari ini saya sajikan anda semua dengan projek terbaru saya...Chemo Hat...projek ini untuk sumbangan kepada penganjur KuSarungkan Kasih buat anak-anak di Wad Pediatrik HKL sempena hari Kanak-Kanak Sedunia pada bulan November ini....

Model saya menggayakan Chemo Hat yang saya jahit...
 
KuSarungkan Kasih boleh diikuti di FB KuSarungkan Kasih...masih belum terlambat untuk menyertai projek ini...

Chemo Hat pattern ni boleh di Download di sini free pattern yer...tapi tidak boleh digunakan untuk dijual...

  
Gambar terperinci apabila dipakai...psst: anak sy berumur 5 tahun yer...
 
JADI UNTUK SESIAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK @ SAUDARA-SAUDARA YANG SEDANG MENJALANI RAWATAN KEMOTERAPI DAN INGINKAN CHEMO HAT INI UNTUK MEREKA BOLEH SMS @ EMAIL KEPADA SAYA...jangan segan2 jangan malu2 yer....tolong saya untuk menceriakan hari mereka agar dapat membuahkan senyuman dibibir mereka.

Chemo hat ini saya akan hadiahkan kepada mereka secara percuma sahaja..sebagai sedikit sumbangan saya kepada mereka..

Sebenarnya semasa menjahit chemo hat ini saya dilanda kerinduan pada seseorang yang telah lama "Pergi" menemui Penciptanya...NUR IMAN ATHIRAH...iaitu anak buah saya yang jugak pesakit kanser. Arwah menghidap "Blood Cancer" semasa umur 4-5 tahun...sudah 8 tahun arwah meninggalkan kami...tapi sesekali rindu datang kepada kami..terbayang wajah ceria arwah yg sangat comel dan sangat cerdik petah berkata2....Seawal umur 5 tahun arwah meningalkan kami...

Jadi sememangnya saya ingin menyumbangkan Chemo Hat ini kepada sesiapa sahaja bagi menceriakan hidup anak-anak yang sedang diuji ini...sebab saya tidak berpeluang menjahitkan Chemo Hat ini buat arwah Nur Iman Athirah seketika dahulu....
 
  
1/2 dozen Reversible Chemo Hat untuk projek KuSarungkan Kasih buat anak-anak di Wad Pediatrik HKL pada bulan November 2012 ini insyaallah....saya berharap saya masih mempunyai masa untuk menjahit lagi Chemo Hat ini sebelum tarikh akhir penghantaran Chemo Hat ini...

Sekian terima kasih...

Saturday, October 6, 2012

Tudung Berpiping

Assalamualaikum... pagi ni sy update hasil terbaru saya...tudung yang dikemaskan dengan kemasan piping di penghujung tudung...bila dapat hasilnya sy sgt sukaknya dan rasa mcm nk jait jer sume tudung dengan piping...

Idea ini timbul apabila warna tudung yg dijait adalah warna putih..tdung tersebut nmpk sangat KOSONG..jd sy kemaskan dengan piping agak nmpk sedikit kelainan hasilnya memuaskan...

Tudung untuk budak berumur 5 tahun.
Tudung Scaallop untuk my friends untuk dipakai nikah...katanya..tudung ini akan di rias lagi supaya naik serinya...nk suh aku rias..he he he..mmg x dpt la...aku bukan org seni...