Tuesday, November 23, 2010

Tempahan...

Bisnes tudung masih berjalan seperti biasa cuma tetapi pengeluaran agak lembap...mungkin musim tengkujuh yang sudah menunjukkan tanda2...ha ha ha..sebenarnya...aku je yang lembap menyiapkan tempahan...dengan perut yang makin membesar menyebabkan aku makin sukar utk bergerak dan jugak kemalasan melanda...

Disamping itu juga megandung kali ni aku mengalami sakit2 pinggang dan juga tulang punggung yang agak memeritkan, menyebabkan aku agak berjaga2. Ikutkan hubby aku..dia dah suruh stop menjahit...kesian agaknya tgk aku dalam keadaan macam tu...sudah berbuih mulutnya suruh aku stop sehingga bersalin..tapi..aku syg pulak nk stop lama2...lgpun customer aku sabar, menunggu tudung masing2....jadi aku teruskan jugak...cuma tempahan yg aku amik adalah limited sahaja...

Sehingga hari ini masih banyak kain tudung yang menungu utk aku jahitkan...malam tadi aku hanya sempat menjahit 2 helai sahaja...dan sblm ke ofis aku smpt lg menyiapkan sehelai tudung lg...harap2minggu ni aku dapat meyelesaikan segala tempahan tudung yang telah lama tertunggak tu... ini kerana tempahan baru insyaallah akan masuk pada minggu depan...


Tudung Bawal yang di re-fashion - dipasangkan awning.

Buat masa skrg aku byk jugak menerima tempahan untuk memasang awning pada tudung bawal customer...lepas sorang2 anta tudung bawal mereka...mcm trend pulak... pernah aku terima dari seorang customer sehingga 10 helai sekali gus...kebanyakkan customer aku adalah regular customer yang penuh kesabaran menuggu aku menyiapkan tudung2 mereka.


Sebahagian tudung yang siap sebelum raya haji yang lepas...

No comments:

Post a Comment