Wednesday, April 25, 2012

Label...


Alhamdullilah...Ajnie's kini mempunyai label produk sendiri...sebenarnya sbelum ni x terpikir pun nk labelkan produk sendiri..tp..bile tgk geng2 di FB melabelkan produk memasing timbul keinginan aku melabelkan produk bagi tujuan promosi dan juga yang penting menaikkan semangat aku untuk terus menjahit....

Label ni di reka oleh anak buah aku Syabira Anis...aku hanya bg tau nk mcm mn jer...terima kasih buat Syabira Anis...label ini pulak di order dari Maju Mapan Indonesia...melalui GB - Group Buy...

Label ni belum sampai ke tangan aku...Gambar ini diambil dr FB yg di tag oleh Maju Mapan...

Thursday, April 5, 2012

Tempahan Telekung


Assalamualaikum....
Dah lama x ber"blog"...semenjak terjerumus alam fesbuk...sume update kt sana..untuk sesi pemanasan ni aku update tempahan telekung dari sahabat baik aku yang sentiasa menyokong produk yang aku keluarkan...

Dia akan menjadi orang yang pertama akan membuat tempahan apa2 produk jahitan aku...alhamdullilah aku di anugerahkan sahabat seperti dia...di samping dia masih ada lagi sahabat2 yang menyokong aku dari belakang...sahabat2 yang akan membuat tempahan w.pun aku masih baru dalam bidang ini..alhamdullilah atas rezeki yang diberi...

Buat sahabat2 ku yang menyokong aku dari belakang, depan, kiri, dan juga kanan...terima kasih aku ucapkan...

Insyaallah selepas ini aku akan meluangkan masa utk meng"upadate" blog aku ini...buat masa skrg aku agak sibuk menyiapkan tempahan2 daripada pelangan2 AJNIE'S....byk tudung sudah dihasilkan tp blum smpt d upload di blog....

Semoga rezeki ini berterusan hendaknya...