Wednesday, December 30, 2009

2010 akan menjelma...

Tinggal sehari lagi kita akan melangkah ke 2010 aduhai masa terlalu pantas berlalu...serasa 2009 baru lagi...projek bilik jahit ku juga masih blu ku update lagi...seakan masa mengejar aku utk mengadap keje ku yang satu itu...tp tidak terlalu sepi mesin jahit ku itu. semalam aku br menyiapkan 2 helai tudung untuk di jual. alhamdullilah w.pun sedikit biz ku bergerak juga...daripada 8 helai tudung yang diberi kepada biras ku alhamdullilah...3 terjual...w.pun hanya 3 aku tetap bersyukur kerana sekurang2nya ada juga yg sudi membeli kerja tanganku...

aku mengaku kualitinya masih lagi tidak cantik tetapi sekurang2nya aku akan membuat yang terbaik. jgn terkejut jika aku katakan yg tudung yg menggunakan kain kamdar ada yg lebih 10x aku bukak jahitannya...kerana tidak berpuas ati...aku berharap dengan bermulanya 3 helai terjual maka dengan melangkah ke tahun baru...biz ku ini akan melangkah ke depan jua...aku tidak malu mengaku bahawa aku terlalu gembira dengan penjualan tudung tersebut...ya 3 sudah cukup membuatkan aku bersemangat....mmg terlalu jauh angka 3 tersebut dengan taiko2 tudung yang lain. aku percaya mereka juga bermula dr bawah seperti aku...

ya...2009 menyuntik semangat aku utk meneruskan dan menggilap kemahiran ku dlm bidang jahitan...moga ia berterusan hendaknya...

untuk projek yang telah siap dan akan datang akan aku post kan n3nya pd tahun hadapan...

jumpa lagi tahun hadapan...

No comments:

Post a Comment