Sunday, October 14, 2012

Chemo Hat...

Assalamualaikum....Selamat pagi semua...

Hari ini saya sajikan anda semua dengan projek terbaru saya...Chemo Hat...projek ini untuk sumbangan kepada penganjur KuSarungkan Kasih buat anak-anak di Wad Pediatrik HKL sempena hari Kanak-Kanak Sedunia pada bulan November ini....

Model saya menggayakan Chemo Hat yang saya jahit...
 
KuSarungkan Kasih boleh diikuti di FB KuSarungkan Kasih...masih belum terlambat untuk menyertai projek ini...

Chemo Hat pattern ni boleh di Download di sini free pattern yer...tapi tidak boleh digunakan untuk dijual...

  
Gambar terperinci apabila dipakai...psst: anak sy berumur 5 tahun yer...
 
JADI UNTUK SESIAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK @ SAUDARA-SAUDARA YANG SEDANG MENJALANI RAWATAN KEMOTERAPI DAN INGINKAN CHEMO HAT INI UNTUK MEREKA BOLEH SMS @ EMAIL KEPADA SAYA...jangan segan2 jangan malu2 yer....tolong saya untuk menceriakan hari mereka agar dapat membuahkan senyuman dibibir mereka.

Chemo hat ini saya akan hadiahkan kepada mereka secara percuma sahaja..sebagai sedikit sumbangan saya kepada mereka..

Sebenarnya semasa menjahit chemo hat ini saya dilanda kerinduan pada seseorang yang telah lama "Pergi" menemui Penciptanya...NUR IMAN ATHIRAH...iaitu anak buah saya yang jugak pesakit kanser. Arwah menghidap "Blood Cancer" semasa umur 4-5 tahun...sudah 8 tahun arwah meninggalkan kami...tapi sesekali rindu datang kepada kami..terbayang wajah ceria arwah yg sangat comel dan sangat cerdik petah berkata2....Seawal umur 5 tahun arwah meningalkan kami...

Jadi sememangnya saya ingin menyumbangkan Chemo Hat ini kepada sesiapa sahaja bagi menceriakan hidup anak-anak yang sedang diuji ini...sebab saya tidak berpeluang menjahitkan Chemo Hat ini buat arwah Nur Iman Athirah seketika dahulu....
 
  
1/2 dozen Reversible Chemo Hat untuk projek KuSarungkan Kasih buat anak-anak di Wad Pediatrik HKL pada bulan November 2012 ini insyaallah....saya berharap saya masih mempunyai masa untuk menjahit lagi Chemo Hat ini sebelum tarikh akhir penghantaran Chemo Hat ini...

Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment