Wednesday, July 1, 2009

1st Entry

Blog ini aku create untuk menghimpunkan segala kerja keras tangan aku yang akan datang. Ianya sebagai panduan dan ingatan kepada kerja-kerja keras tangan aku kelak. Juga sebagai pembakar semangat untuk menjadi tailor yang baik...

Blog ini sebenarnya sebagai permulaan langkah aku untuk menjadi tailor dan seterusnya hanya bekerja dari rumah sahaja. Rancangan ini bukan untuk dilaksanakan dalam sehari dua tetapi mungkin 1/2 tahun @ setahun yang akan datang. Langkah ku mungkin masih jauh kerana aku masih lagi merangkak didalam dunia jahitan ini. Tetapi tidak mengapa asalkan semangat dan minat yang mendalam Insyaallah suatu hari nanti impian akan menjadi kenyataan..kepada yang menyokong penuh hasrat ku ini aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kalian lah pembakar semangat.

Kepada kakak ku yang seorang itu aku juga tiupkan semangat supaya kita berdua berjaya dengan apa yang kita impikan ini.... semoga kita berdua berjaya kelak.

2 comments:

  1. ni ajnie yg belajar dgn kak khaty tu eh? selamat berkenalan. sama2 kita share pasal jait ni yek.

    ReplyDelete
  2. iya betul tu deeyarn...ank didik kak khaty jugak.

    ReplyDelete