Friday, July 31, 2009

Baju Melayu yang pertama

Baju Melayu ni, aku belajar dari kak khaty http://khatysew.blogspot.com ini. Dah lama menyimpan hasrat untuk belajar baju melayu ni. tp baru berkesempatan. kelas dihadiri sebanyak 2x iaitu pada hari ahad dari jam 10pagi sehingga 5 ptg.

Untuk yang pertama ini, banyak kesilapan yang aku buat diseluar. Baju aku rasa tiada masalah sgt. Tetapi alhamdullilah akhirnya siap jua sepasang baju melayu untuk hubbyku...

Lepas ini kena praktis lagi sehingga membolehkan aku mengambil upah menjahit baju melayu...bila??????? insyaallah akan diwar-warkan. Buat masa sekarang aku hanya bermula dari keluarga sendiri dahulu bagi memantapkan kemahiran yang baru di belajar.


Untuk seluar aku menggunakan butang/cangkuk "ketuk" tah aku lupa nm butang tu..yang pasti butang yang digunakan khas untuk seluar. Memandang sebelum ini aku pernah belajar menjahit seluar wanita dan semasa kelas ini aku diajar cara2 memasang cangkuk ini. Jadi aku mempraktikkannya...pemasangn cangkuk ni agak rumit tapi aku suka "outcome" nya.

Untuk kak Khaty terima kasih daun keladi, klu boleh mintak tunjuk-ajar lagi....


2 comments:

  1. at last siap..kan kemas jahitannya utk 1st time buat. Baju Melayu Raya bila nak start buat?

    ReplyDelete