Tuesday, July 7, 2009

Bilik Jahitku...

sebelum ni aku menjahit diruang tamu diatas meja makan sahaja. Memandangkan mesin jahit aku pun portable so aku menjijing setiap kali hendak menjahit.

Sebenarnya situasi begini kdgkala membuatkan aku fed up utk menjahit. Bayang jika aku ingin jahit tepi kain aku perlu menjinjing sebuah lg mesin jahit tepi untuk digunakan. kemudian aku msk lm kotak simpan balik ditempat yang asal, itu belum lagi perkakas menjahit yang lain.

Sudah lama aku mengidamkan ruang khas untuk aku menjalankan aktiviti menjahit ini. Tetapi keadan tidak mengizinkan. Kerana tiada ruang yang kosong dirumah mertua aku itu. Setelah sekian lama bersabar dengan situasi tersebut...aku telah meminta izin dari mertua aku utk menggunakan sedikit ruang bilik stor untuk aku jadikan ruang menjahit aku. Dengan rela hati mertua aku mengizinkan dan aku mengemas bilik stor tersebut supaya aku selesa berada didalamnya. Sebenarnya bilik ini dulu ialah salah satu bilik tidur tetapi telah dijadikan bilik stor, oleh kerana bilik ini agak luas boleh lah aku mencari ruang untuk aku disitu...dan sekarang aku teramatlah gembira bila mendapat sedikit ruang tersebut.

aku berharap dengan mempunyai ruang menjahit ini akan membuatkan aku lebih bersemangat untuk melebarkan lagi eksplorasi aku didalam bidang ini.Insyaallah

No comments:

Post a Comment