Tuesday, April 13, 2010

Rehat Seketika...

Bilik jahit berehat seketika...kerana demam denggi...

setelah berehat panjang dari menjahit tudung..semangat juang yang masih berbaki untuk menyiapkan segala tempahan tudung yang tertinggal masih aku kumpul...sendi-sendi, tulang-temulang aku masih lagi berbisa rasanya...membuatkan aku hanya memandang sepi pada mesin jahit dan timbunan kain tudung yang telah dipotong...mental & fizikal aku belum bersedia untuk menyambung balik kerja-kerja yang tertangguh...

seminggu aku x berbuat apa2...hanya tido, bangun, makan, baring....hopefully hari ni hari terakhir aku bersenang-lenang...malam ni aku kena mengejar balik masa yang telah aku tinggalkan..untuk menyiapkan segala tempahan yang telah diterima dan menambah stock kain yang tersedia ada...

aku juga berkira2 detik waktu dan ketika yang telah aku tunggu semenjak 2 bulan yang lepas...setelah keputusan yang nekad aku ambil...hope apa yang aku rancangkan selepas ini akan berjalan dengan lancar....

2 comments: