Monday, May 10, 2010

Dari Bilik Jahit - Ajnie's

Hari ini aku menukar nama blog aku..dari nama asal bilik jahit kepada Ajnie's...

Kenapa menukar nama?...sebenarnya..aku ingin memulakan biz online...biz online ni sebenarnya salah 1 impian aku sejak setahun yang lepas..tetapi masa itu aku masih mencari2 apa yg aku perlu concentrate dan kekuatan dalam diri aku untuk menceburi bidang ini...insyallah sekarang aku sudah bersedia...buat masa sekarang belum ada produk yg aku ingin jual..cuma masih dalam persediaan....tapi aku sudah ada 2 cabang biz yang berbeza...dan ini aku buat kerana atas minat aku mendalam dalam bidang ini..iaitu menjahit dan juga mem"baking".

Sejak bila aku terjerumus dalam kedua2 bidang ini..dalam dunia jahitan ini...ianya bermula dari selepas beberapa bulan aku berkahwin padapertengahan tahun 2006...dari sejak itu...aku mula mengambil kelas jahitan pakaian wanita...16 pattern pakaian wanita aku pelajari..dari asas smpi la ke membuat Jubah...juga seluar..sehingga kan aku memperolehi sijil dalam bidang jahitan pakaian wanita...sejak dari situ juga sehingga kini..aku tidak pernah lagi menghantar pakaian aku kepada tailor...kesedaran aku utk belajar menjahit disebabkan oleh kadar upah yang mahal di KL ini...sedangkan aku sudah terbiasa dengan upah yg murah di kampung aku...oleh kerana tidak mempunyai keyakinan yg tinggi aku hanya menjahit baju aku sahaja...

aku juga pernah belajar menjahit Baju Melayu dari K khaty....w.pun agak rumit ianya menyeronokkan..tambahan pula baju melayu itu dipakai oleh orang yang kte sayangi...

dan bermula dari tahun lepas aku terjumpa dengan blog2 yang berkaitan dengan jahitan...sekali lagi aku teruja dan akhirnya aku jumpa apa yg aku cr selama ini...dengan membaca blog2 jahitan aku mempunyai semangat bagi meneruskan minat aku ini. Bloger2 jahitan ini memberi inspirasi kepada aku supaya terus maju. w.pun aku masih merangkak tetapi tips dan panduan yg diberi amat berguna pada aku....

Oleh kerana excited aku juga mengambil kelas jahitan tudung bersama K.Zila...dari sini la..bermulanya biz tudung aku...dari percubaan akhirnya sehingga kini..masih lagi ada tempahan untuk aku. alhamdullilah.

Selepas menjahit tudung..aku sekali lagi menghadirkan diri dalam kelas menjahit beg. Menjahit mmg menyeronokkan...

kemudian pada tahun 2007 aku sekali lagi mula berjinak2 dalam bidang baking memandangkan aku selalu menjelajah fotopages yang sentiasa menyumbangkan resepi yang sedap2. dari situ aku mula mencuba dari 1 resepi ke 1 resepi..kebanyakkan yg berkaitan dengan kek. resepi yg disumbangkan mmg tidak mengecewakan...dari sinilah aku mula mengumpul tools2 untuk baking.

Dari situ aku mengambil kelas cupcake bersama Mak Lang Corner...tetapi aku tidak mempraktiskan. kerana pada masa itu aku tidak dapat menbahagikan masa seckupnya. tetapi aku aku juga pernah membuat biz kek coklat..agak memberangsangkan jugak.tetapi akhirnya aku menutup kedai kerana aku tidak mempunyai masa ditambah pula pada masa itu aku mempunyai anak kecil dan suami yang bekerja diluar kawasan.

Kini setelah dikuatkan semangat..sekali lagi aku ingin bangun dalam dunia baking ini...tekad yang bulat dalam hati aku sudah pahatkan..insyaallah aku ingin usahakan apa yang aku impikan selama ini..iaitu biz online bukan 1 cabang tetapi 2 cabang sekali gus. aku tau jika kite betul2 berminat insyaallah kita akan melangkah lebih jauh...Insyaallah...doa2kan ye...semoga impian akan tercapai..

4 comments:

  1. Anjie...mudah²an kuat semangat...dan akak doakan semoga berjaya...Insya'Allah

    ReplyDelete
  2. gambatte kudasaitt!! usaha tangga kejayaan. go ajnie go!

    ReplyDelete
  3. longest journey begins at the first step..itu dulu..sekarang..

    longest journey begins at JUST ONE CLIK..

    semoga berjaya! Amin

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan anda semua..

    ReplyDelete